Terma perkhidmatan
Perkhidmatan rizqihub disediakan oleh RAS SINAR ENTERPRISE (202203101827 (KT0520529-M)).
Pakej Urus Penuh
- Caj persediaan RM299 sekali bayar (RM199 untuk 5 pelanggan pertama): 1 laman kedai, 1 subdomain, produk mengikut pakej, logo (reka bentuk disediakan oleh pelanggan) dan QR bayaran pelanggan.
- Pakej A: RM59 sebulan, maksimum 10 produk, kemas kini sehingga 5 produk sebulan.
- Pakej B: RM79 sebulan, maksimum 30 produk, kemas kini sehingga 15 produk sebulan.
- Pakej C: RM89 sebulan, maksimum 50 produk, kemas kini sehingga 25 produk sebulan.
- Diskaun 10% untuk bayaran 6 bulan dan 20% untuk bayaran 12 bulan.
- Pakej Kemaskini RM20: 1 kategori / 5 produk / 10 variasi. Jumlah produk tidak melebihi had pakej yang dilanggan.
- Had kemas kini bulanan yang tidak digunakan tidak dibawa ke bulan berikutnya.
Tempoh siap
Setup dan setiap permintaan kemas kini disiapkan dalam 3–5 hari bekerja selepas bahan lengkap diterima.
Tukar pakej
Naik pakej boleh dibuat bila-bila masa dengan membayar beza harga untuk baki tempoh. Turun pakej hanya semasa pembaharuan.
Bayaran
Bayaran melalui DuitNow QR atau pindahan bank ke akaun Maybank 565125122823 (RAS SINAR ENTERPRISE). Langganan diaktifkan selepas bayaran disahkan. Bayaran pelanggan anda dibuat terus kepada anda; kami tidak memegang wang pelanggan anda.
Tunggakan
- Laman digantung 7 hari selepas tarikh bayaran jika langganan belum dibayar.
- Selepas 30 hari, laman dibuang. Fail disimpan 60 hari lagi untuk pengaktifan semula.
- Pengaktifan semula dalam tempoh simpanan tidak dikenakan caj persediaan; hanya bayaran langganan.
- Selepas tempoh simpanan, fail dipadam dan pendaftaran baru dikenakan caj persediaan.
Kandungan
Pelanggan bertanggungjawab ke atas kandungan, produk, harga, logo dan gambar yang dihantar, dan mesti mempunyai hak untuk menggunakannya. Kami berhak menolak kandungan yang menyalahi undang-undang.