Pakej Urus Penuh

Kedai online untuk perniagaan anda. Kami uruskan semuanya.

Anda hantar logo, gambar dan maklumat produk. Kami bina laman kedai, masukkan produk dan kemas kini setiap bulan. Tak perlu faham IT.

Caj persediaan RM199 RM299 untuk 5 pelanggan pertama. Baki 5 tempat.

Tempah melalui WhatsApp
Contoh laman kedai anda: pelanggan tempah terus melalui WhatsApp anda.

Tak perlu belajar IT

Semua setup, tambah produk dan kemas kini dibuat oleh kami. Anda fokus berniaga.

Bayaran terus kepada anda

QR bayaran anda sendiri dipaparkan di laman kedai. Kami tidak memegang duit pelanggan anda.

Alamat laman sendiri

Laman kedai di namakedai.rizqihub.com, mudah dikongsi di WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Cara ia berjalan

  1. 1

    Tempah & bayar

    Pilih pakej, isi borang dan bayar melalui DuitNow QR.

  2. 2

    Hantar bahan

    Hantar logo, gambar produk, harga dan QR bayaran anda melalui WhatsApp.

  3. 3

    Kami siapkan

    Laman kedai siap dalam 3–5 hari bekerja selepas bahan lengkap.

  4. 4

    Mula berniaga

    Kongsi pautan kedai anda. Perlu tambah atau ubah produk? Mesej sahaja kami.

Pakej

Caj bulanan termasuk hosting, subdomain dan kemas kini produk oleh kami.

Pakej A

RM59/bulan

  • 10 produk di laman kedai
  • Kemas kini sehingga 5 produk sebulan
  • Siap dalam 3–5 hari bekerja
  • QR bayaran anda sendiri

6 bulan: RM318.60 jimat 10%
12 bulan: RM566.40 jimat 20%

Pilih Pakej A

Pakej C

RM89/bulan

  • 50 produk di laman kedai
  • Kemas kini sehingga 25 produk sebulan
  • Siap dalam 3–5 hari bekerja
  • QR bayaran anda sendiri

6 bulan: RM480.60 jimat 10%
12 bulan: RM854.40 jimat 20%

Pilih Pakej C

Caj persediaan RM199 RM299

Sekali bayar, termasuk:

  • 1 laman kedai
  • 1 subdomain (namakedai.rizqihub.com)
  • Produk mengikut pakej yang dilanggan
  • Logo (reka bentuk disediakan oleh anda)
  • QR bayaran perniagaan anda

Pakej Kemaskini RM20

Perlu kemas kini lebih daripada had bulanan? Tambah bila perlu. Setiap satu meliputi:

  • 1 kategori
  • 5 produk
  • 10 variasi

Jumlah produk di laman tetap tidak melebihi had pakej yang dilanggan.

Soalan lazim

Apa itu rizqihub?

rizqihub ialah perkhidmatan kedai online Pakej Urus Penuh oleh RAS SINAR ENTERPRISE. Kami bina laman kedai anda di subdomain namakedai.rizqihub.com, masukkan produk dan buat kemas kini setiap bulan. Pelanggan anda tempah melalui WhatsApp dan bayar terus kepada anda.

Berapa harga pakej rizqihub?

Caj persediaan RM299 sekali bayar (RM199 untuk 5 pelanggan pertama). Langganan: Pakej A RM59 sebulan (10 produk), Pakej B RM79 sebulan (30 produk), Pakej C RM89 sebulan (50 produk). Diskaun 10% untuk bayaran 6 bulan dan 20% untuk bayaran 12 bulan.

Apa maksud "kemas kini produk sebulan"?

Bilangan produk yang kami tambah atau ubah (harga, gambar, penerangan) untuk anda setiap bulan. Contohnya Pakej A: sehingga 5 produk sebulan. Had yang tidak digunakan tidak dibawa ke bulan berikutnya. Perlu lebih? Pakej Kemaskini RM20 meliputi 1 kategori, 5 produk dan 10 variasi.

Berapa lama laman kedai siap?

Laman kedai dan setiap permintaan kemas kini disiapkan dalam 3 hingga 5 hari bekerja selepas bahan lengkap (logo, gambar, maklumat produk dan QR bayaran) diterima.

Boleh tukar pakej?

Naik pakej boleh dibuat bila-bila masa dengan membayar beza harga untuk baki tempoh langganan. Turun pakej dibuat semasa pembaharuan.

Bagaimana cara bayar langganan?

Melalui DuitNow QR atas nama RAS SINAR ENTERPRISE. Selepas bayar, muat naik bukti bayaran di halaman invois anda.

Pelanggan saya bayar kepada siapa?

Terus kepada anda, melalui QR bayaran perniagaan anda yang dipaparkan di laman kedai. rizqihub tidak memegang wang pelanggan anda.

Boleh guna domain sendiri (.com.my)?

Buat masa ini laman kedai menggunakan subdomain rizqihub.com sahaja, contohnya namakedai.rizqihub.com.

Apa jadi jika lewat bayar langganan?

Laman digantung 7 hari selepas tarikh bayaran. Selepas 30 hari laman dibuang, tetapi fail anda disimpan 60 hari lagi. Dalam tempoh itu laman boleh diaktifkan semula tanpa caj persediaan, cuma bayar langganan.

Sedia untuk mula?

Tempah hari ini. Laman kedai anda siap dalam 3–5 hari bekerja selepas bahan lengkap.